fbpx

311 individu ditahan ingkar PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 311 individu atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 306 indidvidu dikompaun manakala lima individu direman.

“Antara kesalahan yang direkodkan tidak memakai pelitup muka (97), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (75) serta aktiviti pusat hiburan (26).

“Selain itu, kesalahanan lain seperti rentas daerah atau negeri Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran (30), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (69) dan lain-lain (14),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI