fbpx

Harga roti Gardenia naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Syarikat Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd. (GBKL) menaikkan harga beberapa produk terpilih bermula esok.

Dalam satu kenyataan, GBKL berkata, produk Gardenia Squiggles, Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia
Delicia Soft Roll, Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans naik lima sen dari RM1.05 ke RM1.10.

Manakala produk The Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin, and Raspberry Milk & Cranberries bread, naik 20 sen kepada RM4.70.

“Harga untuk produk lain tidak berubah memandangkan GBKL terus menyerap kos yang meningkat.

“Kenaikan ini dibuat akibat kenaikan harga bahan-bahan seperti lemak sayur, serbuk koko, susu dan bungkusan dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, syarikat tersebut memaklumkan sudah mengalami kenaikan kos bahan dan penghasilan yang melangkaui kawalan sehingga menyebabkan syarikat tiada pilihan kecuali menaikkan harga.

“Fokus kami ialah untuk mengoptimumkan produktiviti dan keberkesanan bakeri kami. Bagi Gardenia, kenaikan harga produk ialah pilihan terakhir setelah semua usaha memaksimumkan keberkesanan operasi sudah diambil,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI