fbpx

Dua PPS ditutup, mangsa banjir di Perak kini 10 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Titi Gantung, Parit akibat dilanda banjir semalam.

IPOH – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat, Sungai Siput dan Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan masing-masing ditutup pada pukul 1 tengahari dan 2 petang tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata, sejumlah 100 orang mangsa banjir daripada 27 keluarga itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas keadaan air yang telah surut.

“Hanya satu PPS masih dibuka di Perak iaitu di Sekolah Kebangsaan Titi Gantung, Parit yang kini menempatkan 10 orang mangsa banjir daripada enam keluarga,” katanya.

Difahamkan cuaca yang cerah hari ini di Perak menyebabkan banjir mula surut dan mangsa banjir dibenarkan pulang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI