fbpx

30 ahli ArocKL sertai kempen derma darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian ahli ArocKL dan Komuniti Tikusclan bergambar selepas menderma darah di Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KEMPEN. Seramai 30 ahli Kelab Kereta Aroc Kuala Lumpur (ArocKL) dan Komuniti Tikusclan menyertai kempen derma darah yang diadakan di Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jurucakap kelab, Jamaludin Mulk-E-Iman memberitahu, kempen itu adalah program tahunan kelab berkenaan yang turut disertai keluarga ahli-ahli ArocKL bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Kempen ini dijalankan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi mengekang penularan Covid-19.

“Walaupun ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kelab ArocKL amat berbangga kerana dapat menjayakan aktiviti ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI