fbpx

Pique rayu Messi kekal di Camp Nou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (tengah) dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Barcelona selepas berdepan masalah dengan pihak pengurusan. – AFP

BARCELONA – Pemain pertahanan veteran Barcelona, Gerard Pique menyeru agar kapten pa­sukan, Lionel Messi menandata­ngani kontrak baharu untuk kekal bersama The Catalan selepas kontrak asalnya bakal tamat musim ini.

Sebagai rekod, Messi telah mencipta kontroversi pada jendela perpindahan lepas apabila meluahkan hasrat secara terbuka untuk berhijrah kerana kemelut dalaman dengan pegawai atasan termasuk presiden kelab, Josip Maria Bartomeu yang meletakkan jawatan bulan lalu.

Bagaimanapun, harapan Messi untuk menyambung kontrak baharu dijangka berdepan kesukaran selepas Barcelona mengumumkan bakal membuat pelarasan gaji sebanyak €122 juta (RM594 juta) ekoran pandemik Covid-19 ketika ini.

Kata Pique, Messi yang telah berhijrah ke Barcelona seawal usia remaja pada tahun 2001 dari Argentina masih memiliki masa depan yang cukup cerah di Camp Nou walaupun usianya ketika ini semakin meningkat.

“Saya harap pengurusan tertinggi pasukan berbincang dengan Messi untuk memastikan kata sepakat berjaya dicapai dalam usaha mendapatkan situasi ‘menang-menang’ kerana sebagai rakan sepasukan, kami mahu dia kekal di sini.

“Kita tahu Messi turut kecewa apabila pengurusan membuat keputusan untuk menjual rakan baiknya, Luis Suarez tetapi saya harap dia tidak merajuk terlalu lama. Barcelona dan Messi perlu bergerak seiring dengan membuka lembaran baharu,” katanya.

Skuad The Catalan yang dikendalikan oleh Ronald Koeman bakal membuat perhitungan dengan Osasuna dalam aksi La Liga di Stadium Camp Nou malam ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI