fbpx

Burung enggang mati selepas 10 hari bertarung nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Burung enggang papan ini mati di sebuah hospital haiwan di Chon Buri, Thailand pada Khamis lalu akibat kecederaan tembakan di kepala. – Facebook Phadet Siridamrong

BANGKOK – Seekor burung enggang yang cedera ditembak di kepala di sebuah taman negara di Koh Chang, wilayah Trat di Thailand akhirnya mati selepas 10 hari bertarung untuk hidup, lapor akhbar Bangkok Post.

Pengarah Hospital Haiwan Nuern Plub Warn, Phadet Siridamrong berkata, keadaan kesihatan burung itu menyusut sebelum ia disahkan mati kira-kira pukul 10 malam, Khamis lalu.

Burung betina berumur lima tahun itu ialah jenis enggang papan dan ditemui seorang pe­ngunjung di kawasan air terjun Khiriphet di Taman Negara Mu Koh Chang pada Ahad lalu.

Selepas tiga hari penemuannya, burung itu dipindahkan ke hospital pakar haiwan di daerah Bang Lamung, Chon Buri.

Siridamrong berkata, doktor veterinar berusaha sedaya upaya termasuk memberi rawatan akupunktur dan laser tetapi burung itu akhirnya mati akibat kecederaan yang dialami.

Terdahulu, Ketua Taman Negara Koh Chang, Niphon Pinyo menyatakan seorang pengunjung menemui burung pada 20 November lalu dan kakitangannya segera membawa enggang itu ke sebuah hospital haiwan.

Dua suspek yang dipercayai terlibat dalam aktiviti menembak burung itu melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran, lapor media tempatan.

Kedua-dua suspek itu dipanggil polis untuk diambil keterangan. Salah seorang suspek ialah anak kepada ahli politik tempatan.

Bagaimanapun, Lefte­nan Kolonel Polis, Banjerd Krajarngsaeng dari Balai Polis Koh Chang dilaporkan berkata, pegawai pen­yiasat tiada bukti mencukupi untuk membuat pendakwaan.

Penalti untuk memburu spe­sies hidupan dilindungi di Thailand boleh dihukum penjara tiga hingga 15 tahun atau/dan denda 300,000 (RM40,310) hingga 1.5 juta baht (RM201,570). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN