fbpx

Pendakwah selebriti direman bantu siasatan noda kenalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pendakwah selebriti yang direman lima hari bagi membantu siasatan merogol kenalan wanita dari Instagram.

SHAH ALAM – Seorang pendakwah selebriti direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menoda seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7 di sini, pada tahun lalu.

Perintah reman terhadap suspek yang juga bekas peserta program realiti agama berusia 25 tahun itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Mohd. Zamir Suhaimee.

Terdahulu suspek hadir ke kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 9.32 pagi dan diwakili Peguam Syed Amirul Syed Edrus.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam kenyataan malam tadi memberitahu, lelaki tersebut ditahan pukul 11 malam selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Katanya, penangkapan itu susulan laporan dilakukan mangsa berusia 23 tahun pukul 7.10 petang, kelmarin.

“Siasatan awal mendapati mangsa keluar dengan lelaki itu yang dikenalinya menerusi laman sosial Instagram pada 11 September tahun lalu.

“Tujuan pertemuan itu adalah bagi berbincang berkenaan masalah kemurungan yang dihadapi mangsa dengan kaedah perubatan Islam.

“Lelaki itu telah membawa mangsa makan di kedai makan sebelum balik ke rumah dengan alasan untuk memberikan penerangan mengenai penyakit kemurungan,” katanya.

Kata beliau, mangsa yang didakwa diperkosa diberikan amaran supaya merahsiakan kejadian itu sebelum dihantar pulang keesokan harinya menggunakan kenderaan e-hailing ke rumahnya di Subang Jaya.

Mangsa mengalami tekanan perasaan yang teruk menerima rawatan psikitari di Hospital Kajang pada 23 September tahun lalu.

“Mangsa yang pulang ke rumah keluarganya di Pahang turut menerima rawatan selama lima hari di wad psikitari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

“Pihak hospital memaklumkan mangsa telah mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat dari kejadian tersebut dan masih menerima rawatan susulan sehingga kini di hospital sama,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI