fbpx

Maradona terima penghormatan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARADONA akan disemadikan di Casa Rosada yang turut menempatkan tujuh makam bekas Presiden Argentina. - AFP

BUENOS AIRES – Argentina memberikan penghormatan terakhir buat Diego Maradona sebagai negarawan selepas legenda bola sepak dunia itu dilaporkan meninggal dunia pada usia 60 tahun kerana serangan jantung awal pagi semalam.

Presiden Argentina, Alberto Fernandez juga telah memerintahkan badan kerajaannya untuk mengikut upacara pengebumian negara dan menyediakan kediaman rasmi presiden iaitu Casa Rosada buat keluarga mendiang Maradona untuk urusan tersebut.

Casa Rosada juga merupakan tempat persemadian tujuh bekas presiden Argentina iaitu Bartolome Miter pada 1906 sehingga Manuel Quintana, Carlos Pellegrini, Roque Saenz Pena, Julio Argentina Roca, Marceloa Torcuato de Alvear dan Nestor Kirchner pada 2010.

Selain itu, personaliti lain yang pernah dikebumikan di situ termasuklah bekas juara dunia lima kali Formula Satu, Juan Manuel Fangio pada 17 Julai 1995.

“Seluruh Argentina meratapi pemergian bekas kapten bola sepak kita. Seluruh Argentina akan berkabung selama tiga hari sebagai penghormatan buat Maradona.

“Semua pintu dalam negara ini dibuka buat Diego (Maradona). Apa yang mereka minta, Diego layak memilikinya,” menurut Fernandez dalam satu temu bual bersama televisyen sukan Argentina, TyC Sports.

Terdahulu, mendiang Maradona didakwa sempat memaklumkan kepada anak saudaranya, Johnny Esposito sebelum menghembuskan nafas terakhir bahawa beliau berasa tidak sihat.

Maradona dikejarkan ke hospital pada awal bulan ini dan terpaksa menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di dalam otaknya sebelum dibenarkan pulang pada 11 November lalu..

Dalam masa sama, ada cadangan menggesa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak membenarkan penggunaan No. 10 oleh mana-mana pasukan di dunia sebagai tanda memperingati kegemilangan karier mendiang Maradona. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI