fbpx

Anak ugut cederakan bapa ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GOMBAK – Seorang lelaki ditahan polis selepas mengugut akan mencederakan bapanya menggunakan pisau di kediaman mereka di Taman Bukit Rawang Jaya, Rawang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, ketika kejadian bapa suspek yang berusia 60 tahun telah balik ke rumahnya sebelum dimarahi suspek kerana telah memberitahu rakannya bahawa dia menghisap dadah dan sering memaksa pengadu memberi wang kepadanya.

“Suspek kemudian bertindak mengambil pisau dan mengugut akan mencederakan pengadu.

“Akibat daripada kejadian itu, pengadu berasa takut dan telah pergi ke Balai Polis Rawang untuk membuat laporan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Arifai berkata, bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah pergi ke sebuah rumah di Taman Bukit Rawang Jaya kira-kira pukul 2.15 petang tadi dan telah menangkap suspek serta merampas sebilah parang berhulu hitam yang digunakan untuk mengugut pengadu.

“Ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek didapati negatif.

“Suspek kini ditahan reman selama empat hari mulai hari ini hingga 30 November 2020 untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI