fbpx

Gelung pagar kawat berduri di PKPD Taman Telipok Ria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TUARAN – Sebanyak 220 gelung pagar kawat berduri dipasang sekitar kawasan kediaman Taman Telipok Ria dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berkenaan.

Proses pemasangan dilaksanakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membabitkan perimeter 1.7 kilometer khususnya keutamaan ke atas pagar yang sudah rosak dan berlubang bagi mengelakkan ada penduduk taman perumahan itu keluar tanpa kebenaran.

Kira-kira 18,000 penduduk Taman Telipok Ria, dekat sini menjalani PKPD bermula hari ini sehingga 10 Disember depan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata semua jalan utama bagi tujuan keluar masuk di kawasan berkenaan ditutup sepenuhnya sepanjang pelaksanaan PKPD.

“Prosedur operasi standard (SOP) PKPD di lokaliti ini memberi pengecualian kepada seorang dari setiap rumah untuk membeli barangan keperluan asas selain urusan mengeluarkan duit.

“Bagaimanapun, mereka hanya dibenarkan membeli barangan di kedai yang terdapat dalam kawasan PKPD ini sahaja. Semua premis perniagaan di sini akan beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 6 petang, ” katanya ketika sidang media di lokasi PKPD Taman Telipok Ria, di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI