fbpx

Sarjan Norihan selesai jalani pembedahan buang peluru pada perut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norihan yang dibawa dengan ambulan tiba di Hospital Pulau Pinang, George Town baru-baru ini.- Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Sarjan Norihan Tari, 39, yang terlibat dalam insiden tembakan di pos kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar Selasa lalu selamat menjalani pembedahan membuang dua butir peluru di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini petang tadi.

Pembedahan ke atas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) itu mengambil masa lebih empat jam bermula pada pukul 1.30 petang tadi.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar ketika dihubungi berkata, anggota terbabit kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan membuang peluru pada perut.

“Kita masih menunggu makluman daripada pihak hospital berhubung pembedahan susulan membuang sebutir lagi peluru pada bahagian paru-parunya,” katanya sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI