fbpx

Morata makin tajam bersama Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORATA (kanan) meledak gol kemenangan ketika Juventus meraih kemenangan menewaskan Ferencvaros 2-1 awal pagi semalam. – AFP

TURIN – Penyerang sensasi Juventus, Alvaro Morata me­ngakui dirinya di puncak p­restasi selepas menjaringkan gol kemenangan untuk membantu pasukan meraih kemenangan 2-1 ke atas Ferencvaros dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Mo­rata menjaringkan gol kelima dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah untuk memastikan The Old Lady meraih tiga mata penuh sekali gus menempah tiket ke pusingan kalah mati musim ini.

Sebagai rekod, Juventus yang dikendalikan oleh Andrea Pirlo telah mendapatkan khidmat Morata daripada Atletico Madrid, sekali gus menyaksikan penyerang antarabangsa Sepanyol itu kembali ke Turin sejak musim 2016.

Kata Morata, kematangan menjadi salah satu punca diri­nya kembali mempamerkan bisa selain lebih tenang me­nerima kritikan.

“Saya akui berada dalam puncak karier kerana keha­diran saya ke Juventus musim ini adalah keputusan yang tepat. Tidak keterlaluan untuk saya katakan prestasi saya le­bih baik.

“Mungkin salah satu faktor utama adalah ketenangan di dalam menyudahkan peluang berbanding ketika saya berusia 22 tahun. Apa yang pasti, saya mahu momentum ini dite­ruskan kerana gembira untuk kembali bersama Juventus,” katanya.

Sementara itu, Pirlo me­ngakui berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh Morata tetapi dalam masa yang sama percaya pasukan tidak boleh mendabik dada kerana banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI