fbpx

Lelaki Sudan mengaku salah cederakan sepupu guna pisau stik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh Abdalla Ismail keluar dari Mahkamah Majistret di sini hari ini.

AMPANG – Seorang lelaki warga Sudan mengaku bersalah di mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap sepupu lelakinya menggunakan pisau pemotong stik di sebuah kondominium dua minggu lalu.

Tertuduh Abdalla Ismail Mohamed Bashir, 21, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 14 Januari 2021 sebagai tarikh fakta dan jatuh hukum.

Mengikut pertuduhan, Abdalla Ismail bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa telah dengan niat sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Amar Mohamed Abdalla Mohamed, 29, yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dengan menggunakan sebilah pisau pemotong stik yang mana senjata itu boleh menyebabkan kematian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit Kondominium Sri Angsana Hilir, di sini pukul 11 malam pada 15 November lalu.

Bagi kesalahan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada seksaan itu jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nor Shazwani Abdullah tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh berikutan lelaki itu merupakan warga asing.

Dalam prosiding itu tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membuat sebarang rayuan kerana tiada ahli keluarganya yang hadir untuk ikat jamin.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI