fbpx

Elon Musk, individu kedua terkaya dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar pada 9 Mac lalu menunjukkan Elon Musk berucap pada Satellite 2020 di Pusat Konvensyen Washington di Washington. - AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Pemim­pin berkarisma firma pengeluar ken­deraan elektrik Tesla, Elon Musk memintas Bill Gates untuk menjadi individu kedua terkaya dunia, me­nurut senarai bilionair Bloomberg.

Musk berumur 49 tahun yang juga kelahiran Afrika Selatan menambah kekayaan sebanyak AS$7.2 bilion (RM29.4 bilion) pada Isnin lalu susulan kenaikan nilai saham Tesla. Beliau dianggarkan memiliki AS$128 bilion (RM523 bilion) kelmarin.

Musk yang juga pengasas bersama SpaceX juga memintas sejumlah bilionair lain dalam tempoh beberapa minggu dan ini termasuk Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dan ke­tua gergasi fesyen mewah LVMH, Bernard Arnault.

Beliau kini berada di belakang Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos yang mempunyai kekayaan dianggarkan kira-kira AS$182 bilion (RM743 bilion).

Pandemik koronavirus membuka laluan kepada golongan kaya menambah kekayaan semasa syarikat teknologi menguasai lebih banyak perkongsian pasaran di dunia.

Pada 2020, saham Tesla meningkat lebih 500 peratus dan syarikat itu kini dipercayai bernilai lebih AS$500 bilion (RM2 trilion).

Musk yang memiliki sekitar 18 peratus saham syarikat juga menambah kekayaan kira-kira AS$100 bilion (RM408 bilion) dalam tempoh sama.

Saham Tesla terus melonjak sejak calon Presiden AS, Joe Biden menunjukkan pendekatan agresif terhadap dasar berhubung perubahan iklim. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI