fbpx
Aishah kecewa terhadap segelintir netizen yang menuduhnya menjual hadiah tersebut.

Dituduh jual kek ke pajak gadai, Aishah dedah wajah si pelaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Berang dengan tuduhan tidak berasas yang mengatakan dia akan menjual kek istimewa pemberian Datuk Seri Siti Nurhaliza, penyanyi Aishah bertindak mendedahkan wajah si pelaku dalam laman Instagram miliknya semalam.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 55, berkata, komen yang ditinggalkan netizen itu benar-benar melampau dan menjatuhkan reputasi serta maruahnya sebagai seorang anak seni.

Belum reda dengan kecaman dan hentaman bertubi-tubi yang dilemparkan terhadapnya sejak minggu lalu selepas menggantikan Siti pada pentas Separuh Akhir Muzik-muzik ke-35 (SAMM35), kali ini muncul satu lagi hinaan mengaitkan dirinya.

“Ini dia wajah orang menghina begitu sekali. Saya ini tidaklah sengkek sangat sampai kek pemberian Tok Ti (Siti Nurhaliza) pun takut dibawa ke pajak gadai. Allahu, kerana pulut santan binasa. Tuan @izwanazmi this is too much already (ini sudah melampau). Menjatuhkan reputasi dan maruah saya.

“What say you? (Apa pendapat kalian?) Patutkah kita heret ke mahkamah orang ini sebagai pengajaran. Kepada tuan punya badan AB Rahim ini, ada satu permintaan, suami saya nak sangat bersemuka dengan awak,” tulisnya dalam Instagram.

Terdahulu, pelantun lagu Camar Yang Pulang itu mendendangkan lagu Aku Bidadari Syurgamu Sabtu lalu bagi menggantikan Siti pada pentas Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35 (SAMM35).

Bagaimanapun persembahan Aishah menerima pelbagai reaksi penonton termasuklah komen netizen yang berpendapat lagu tersebut tidak dibawa dengan baik dan tiada penjiwaan. – K! ONLINE