fbpx

Bantuan khas kewangan RM300 untuk petugas barisan hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian petugas kesihatan memohon doa sebelum melaksanakan aktiviti kesihatan di lapangan. - Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju memperluaskan bantuan khas kewangan secara one-off sebanyak RM300 kepada semua petugas barisan hadapan yang lain selepas mengumumkan bantuan khas one-off RM500 kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah itu selepas mengambil kira petugas barisan hadapan negara tetap kental memberi perkhidmatan dengan penuh jitu demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat walaupun penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan.

“Dalam ucapan Belanjawan 2021 sebelum ini kerajaan memperuntukkan bantuan khas one-off RM500 kepada petugas barisan hadapan KKM sahaja.

“Sepanjang perbahasan saya telah dengar cadangan para Ahli Parlimen mengenai keperluan mempertimbangkan bantuan khas untuk barisan hadapan yang lain yang turut bertugas dengan penuh dedikasi.

“Justeru, saya umumkan kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan bantuan khas secara one-off ini kepada semua petugas barisan hadapan yang lain sebanyak RM300 termasuk polis dan tentera,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI