fbpx

Aiza Azreen dilantik CEO baharu Pertama Digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pertama Di­­gital Bhd. (Pertama Digital) me­lantik Aiza Azreen Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuatkuasa semalam.

Aiza Azreen telah memegang pelbagai jawatan di Malaysia dan Australia termasuk dalam perkhidmatan digital, teknologi kewangan, perbankan, pengembangan perisian dan pengurusan pelaburan.

Beliau turut terlibat dalam mempelopori ekosistem tanpa tunai di Malaysia menerusi Boost eWallet, selain proses transformasi Bank Rakyat dan Media Prima untuk mencapai kesediaan digital.

Pengarah Eksekutif Pertama Digital, Sabri Ab. Rahman, berkata, pihaknya berbesar hati dengan kehadiran Aiza Azreen sebagai Ketua Pegawai Ekseku­tif.

“Berbekalkan kepakarannya dalam usaha membangunkan perniagaan digital dengan pelaksanaan strategik, kami yakin dia akan membantu syarikat dalam mengembangkan kehadiran di pasaran tempatan dan ASEAN,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menerusi pengukuhan perniagaan digitalnya, Pertama Digital menyasarkan pendapatan seba­nyak RM500 juta dalam dua hingga tiga tahun akan datang.

BERITA BERKAITAN