fbpx

Wany Hasrita pakai gelang ‘pink’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wany berkongsi sekeping foto dia memakai gelang pink ketika menjalani kuarantin di rumah.

PETALING JAYA – Penyanyi Wany Hasrita memberitahu namanya antara yang disenaraikan oleh Alif Satar sebagai kontak rapatnya selepas dia disahkan positif Covid-19 Ahad lalu.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 28, berkata, Alif menyenaraikan beberapa nama artis yang berhubungan rapat dengannya terutama ketika hari pertama pertandingan Separuh Akhir Muzik-muzik ke-35 (SAMM35) Jumaat lalu. 

“Alif ada memberikan nama kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan salah seorangnya ialah saya. 

“Jadi, senarai nama tersebut berdasarkan apa yang Alif telah beri iaitu individu yang mempunyai kontak rapat dengannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. 

Tambah Wany yang popular dengan lagu Canggung, dia diminta memakai gelang berwarna merah jambu hingga 3 Disember iaitu selepas tempoh kuarantin tamat. 

“Selepas 3 Disember, saya tidak perlu melakukan ujian calitan sekali lagi sebaliknya perlu menjalani ujian pantas (RTK) iaitu pemeriksaan darah. 

“Jika keputusan negatif, baru saya boleh potong gelang ini,” katanya. 

Pada masa sama, Wany memberitahu dia berasa sangat gementar dan terkejut apabila mengetahui pemain dram kumpulan The Locos disahkan positif Covid-19 semalam. 

“Takut juga mendengar perkhabaran tersebut. Harap semuanya akan baik-baik sahaja untuk kami,” ujarnya. 

Terdahulu, Wany berkongsi sekeping foto dalam Instagramnya menunjukkan dia memakai gelang merah jambu.

Dalam perkongsian tersebut, penyanyi itu memberitahu bahawa dia telah dihubungi KKM untuk hadir ke klinik kesihatan bagi mengambil surat kuarantin dan memakai gelang tersebut.

Terdahulu, semua artis dan petugas SFMM35 melakukan ujian saringan Covid-19 selepas penyanyi Alif Satar yang turut bertanding pada hari pertama disahkan positif virus tersebut.

TV3 juga dalam satu kenyataan sebelum ini turut mengarahkan semua petugas rancangan tersebut menjalani kuarantin kendiri dan bekerja daripada rumah.

Susulan daripada status positif Alif, TV3 turut menunda episod ketiga SFMM35 yang sepatutnya berlangsung pada Ahad lalu ke tarikh lain kelak. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI