fbpx

Nasib Lee Jin-hyuk undang simpati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE JIN-HYUK

KONTROVERSI manipulasi undian dalam program realiti Produce semakin menjadi-jadi. Terbaharu, peminat mendapati penyanyi Lee Jin-hyuk juga terjebak menjadi antara seorang daripada mangsa.

Jin-hyuk yang menjadi peserta dalam program Produce X 101 disingkirkan pada pusingan keempat. Sepatutnya, dia berada di kedudukan ketujuh dan akan melakukan debut bersama kumpulan X1 ketika itu.

Apa yang menarik perhatian peminat sehingga mengundang simpati adalah sepucuk surat tulisan tangan Jin-hyuk yang dikongsikannya selepas tersingkir.

“Saya sangat gembira. Kehidupan kosong saya terisi dengan perkara mengujakan. Saya sukakan pentas dan mula sukakan dunia ini.

“Saya akan lebihkan usaha dengan menambah baik mutu persembahan dan menjadi seorang Lee Jin-hyuk yang dikenali nanti,” katanya memetik laporan Kstarlive.

Selepas surat tersebut hangat diperkatakan, peminat yakin bahawa Jin-hyuk merupakan salah seorang mangsa yang terlibat.

Selepas disingkirkan daripada program tersebut, Jin-hyuk kembali meneruskan kerjaya bersama kumpulan asalnya, UP10TION.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI