fbpx

Lima kategori pelajar dibenarkan pulang ke kampus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pengajian Tinggi menetapkan lima kategori pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dibenarkan kembali ke kampus secara berperingkat bagi meneruskan pembelajaran masing-masing.

Menterinya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, kategori pertama adalah pelajar pasca siswazah mod penyelidikan yang sedang menjalankan pengajian di Universiti Awam dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

“Kategori kedua adalah pelajar tahun akhir bagi pengajian di peringkat Sijil, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda.

“Ketegori seterusnya pelajar tahun akhir yang tiada akses internet dan pelajar berkeperluan khas yang mengikuti program pendidikan latihan vokasional dan vokasional di Politeknik dan Kolej Komuniti.

“Kategori kelima adalah pelajar kemasukan baharu sesi akademik 2020/2021 di semua Universiti Awam, Universiti Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Noor Amin Ahmad (PKR-Kangar) sama ada golongan mahasiswa akan dapat menghabiskan silibus pembelajaran mereka pada waktu pandemik Covid-19.

Terdahulu, Noraini memaklumkan, sepatutnya seramai 435,994 pelajar mendaftar di Universiti Awam pada bulan lalu jika bukan disebabkan pandemik Covid-19.

Menurut beliau, sebanyak 25.5 peratus daripada mereka merupakan mahasiswa baru, manakala 324,985 merupakan mahasiswa yang menyambung pengajian bagi semeter berikutnya.

Jelas beliau, sehingga 24 November 2020, seramai 44,188 pelajar Universiti Awam telah berada di kampus masing-masing bagi meneruskan pembelajaran.

Bagaimanapun, kata beliau, setakat ini tiada kursus tertangguh kerana Universiti Awam telah membuat penjadualan semula kalendar akademik masing-masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI