fbpx

Anggota PGA parah tiba di Hospital Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norihan yang dibawa dengan ambulan tiba di Hospital Pulau Pinang, George Town kira-kira pukul 9.20 malam tadi. Foto NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Sarjan Norihan Tari, 39, yang terbabit dalam insiden tembakan di pos kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar semalam selamat tiba di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

Norihan yang selesai menjalani pembedahan usus di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) semalam dibawa ke HPP untuk membuang tiga peluru iaitu satu pada paru-paru dan dua pada perut.

Beliau dipercayai dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejurus tiba dengan ambulans.

Turut menemani mangsa ialah dua anggota keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika ditemui di HPP turut mengesahkan ketibaan anggota tersebut di hospital berkenaan sebentar tadi.

Dalam kejadian pukul 3.10 pagi semalam, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, maut selepas terkena tembakan dipercayai oleh anggota kumpulan penyeludup ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis.

Ketika kejadian, Baharuddin sedang bertugas bersama Norihan, 39, yang turut terkena tembakan dan cedera parah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI