fbpx

Azlinda terharu Pesaka tebus pingat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZLINDA (dua dari kanan) gembira menerima kembali pingat emas daripada Megat Zulkarnain di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin di Batu Caves semalam.

JUARA dunia sukan pencak silat, Azlinda Ahmad menitis air mata apabila Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) sanggup menebus semula pi­ngat emas yang telah dijual oleh individu tidak bertanggungjawab pada minggu lalu.

Azlinda sebelum ini terkejut apabila tiga barang kesayangan iaitu pingat emas Kejohanan Silat Dunia 1994 di Hat Yai, gangsa Sukan SEA Chiang Mai, Thailand 1995 serta baju silat Malaysia dijual kepada satu kedai barangan terpakai bundle di Kuala Lumpur dengan harga serendah RM100.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Pesaka yang sanggup membantu dan saya cukup terharu apabila pingat juara dunia yang saya peroleh pada tahun 1994 kembali dalam genggaman saya semula.

“Pingat ini merupakan salah satu kenangan terindah saya dalam dunia persilatan apabila dinobatkan sebagai juara dunia,” kata Azlinda ketika ditemui di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin di Batu Caves semalam.

Setiausaha Agung Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, pihaknya masih berusaha untuk mendapatkan semula pingat gangsa Sukan SEA Chiang Mai daripada seorang lagi pembeli.

“Kita telah tebus semula daripada pembeli pihak ketiga. Apa yang kita faham ia sudah berpindah tangan daripada dua orang pembeli. Kita dapat kesan pembeli dari Melaka dan syukur dia menjual kepada kita,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI