fbpx

Mayat mendiang Baharuddin dibedah siasat di HSB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Kedah, Datuk Hassanudin Hassan (tengah) hadir memberi penghormatan terakhir terhadap mendiang Koperal Baharuddin Ramli di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Mayat anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang maut ditembak dalam kejadian di pos sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk proses bedah siasat.

Mayat Mendiang, Koperal Baharuddin Ramli, 54, tiba di Jabatan Forensik HSB pada pukul 11 pagi.

Bagaimanapun, proses bedah siasat ke atas mayat mendiang dilakukan pada pukul 2 petang dan dijangka selesai pada pukul 6 petang.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir terhadap mendiang adalah Ketua Polis Kedah, Datuk Hassanudin Hassan.

Mayat mendiang Baharuddin akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sampo, Bahau, Negeri Sembilan selepas selesai proses bedah siasat.

Hassanudin ketika ditemui berkata, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan diharapkan terus tabah akan kehilangan pejuang negara itu.

“Pihak polis Kedah akan mengiringi mayat mendiang Baharuddin ke sempadan Pulau Pinang,” katanya.

Dalam pada itu, Hassanudin memberitahu, kejadian yang menimpa ke atas mendiang Baharuddin tidak akan mematahkan semangat anggota pasukan keselamatan yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand.

Baharuddin maut dipercayai ditembak ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, Perlis dalam kejadian awal pagi hari ini.

Ketika kejadian pada pukul 3.10 pagi itu, Baharuddin bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norijan Tari, 39, yang mengalami kecederaan parah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI