fbpx

38 individu ditahan cuba rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 38 individu ditahan semalam ekoran cubaan merentas negeri dan daerah tanpa kebenaran ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, polis turut menahan seramai 329 individu atas pelbagai kesalahan ingkar PKP.

“Daripada jumlah itu, seramai 311 individu dikompaun manakala lima lagi direman dan 13 dijamin. Antara kesalahan mereka termasuklah rentas negeri dan daerah PKPB tanpa kebenaran.

“Kesalahan lain termasuklah tidak memakai pelitup muka (131), gagal mematuhi penjarakan sosial (59), gagal menyediakan peralatan merekod butiran (50) dan lain-lain (51),” katanya menerusi satu kenyataan di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI