fbpx

2 kenderaan terbakar selepas terlibat dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ketika kedua-dua kenderaan tersebut sedang terbakar.

PETALING JAYA – Dua pemandu sempat menyelamatkan diri selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan sebelum terbakar di Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur hari ini.

Kebakaran itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu pacuan empat roda jenis Nissan Navara dan Honda Jazz.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 9.06 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi pihak bomba mendapati api marak pada kedua-dua kenderaan terbabit.

“Kebakaran berjaya dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan kedua-dua pemandu berjaya menyelamatkan diri sebelum api marak,” katanya.

Menurutnya lagi, pacuan empat roda itu terbakar 80 peratus manakala Honda Jazz pula hangus 100 peratus. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI