fbpx

SFMM35 ditunda, ‘peluang kedua’ Nabila Razali bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peminat berharap Nabila akan sembuh dan dapat membuat persembahan pada episod akhir SFMM35 nanti.

PETALING JAYA – Selepas episod ketiga minggu Separuh Akhir Muzik-muzik ke-35 (SFMM35) ditunda gara-gara penyanyi Alif Satar yang bertanding pada Jumaat lalu disahkan positif Covid-19, bermacam reaksi diterima daripada netizen media sosial.

Antara lain, pengguna media sosial berharap agar penundaan itu akan mengembalikan penyanyi Nabila Razali ke pentas berkenaan selepas terdahulu menarik diri daripada bertanding akibat masalah kesihatan.

Hal ini kerana, tempoh kuarantin kendiri semua staf dan artis yang terlibat ketika sesi latihan dan siaran langsung pertandingan itu perlu dijalani selama 14 hari.

Dalam tempoh itu, netizen berharap agar Nabila sempat sembuh sekali gus dapat kembali beraksi menyanyikan sendiri lagu Peluang Kedua.

Tangkap layar komen netizen tentang Nabila dalam media sosial.

“Sempatlah Nabila sembuh. Tidak sabar mahu tengok Kak Nab menyanyi secara langsung. Peluang kedua untuk Kak Nab,” tulis seorang netizen dalam laman Facebook.

“Apa pula alasan dia nanti. Adakah kena senggugut pula,” seloroh seorang netizen lain.

Tinjauan dalam laman Twitter juga tidak kurang hebat apabila ramai pengguna media sosial itu berharap perkara sama agar Nabila segera sihat sehinggalah episod ketiga SFMM35 kembali bersiaran kelak.

Ramai yang mendoakan Nabila cepat sembuh dan dapat beraksi di pentas SFMM35 nanti.

“Saya selaku peminat berat Nabila sangat setuju SFMM35 malam ini ditunda! Jadi sempatlah Nabila  kembali sihat. Jadi dia boleh menyanyi lagu Peluang Kedua secara langsung nanti,” tulis seorang pengguna.

Sebelum ini, keputusan Nabila menarik diri daripada bertanding di pentas separuh akhir itu menerima reaksi daripada peminat yang rata-ratanya berpendapat itu semua adalah gimik.

Bagaimanapun, identiti penyanyi gantian yang sepatutnya menyanyikan lagu Peluang Kedua pada episod ketiga SFMM35 semalam masih menjadi tanda tanya selepas program itu ditunda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI