fbpx

Alif Satar minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alif memohon pmaaf kepada rakan artis dan petugas yang terpaksa melakukan ujian calitan kerana dirisanya positif Covid-19.

PETALING JAYA – Penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar yang disahkan positif Covid-19 memohon maaf kepada semua artis dan petugas yang terbabit dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35).

Permohonan maaf tersebut ditulis oleh pelantun Sesungguhnya Aku itu dalam ruangan komen setiap artis yang memuat naik foto dan video mereka membuat ujian calitan Covid-19 semalam.

Ujian calitan tersebut dilakukan sejurus Alif yang juga seorang daripada penyanyi bertanding pada episod pertama SFMM35 disahkan positif Covid-19 semalam.

Antara penyanyi yang membuat ujian calitan tersebut ialah Zynakal, Sherry al-Hadad, Ernie Zakri, Sarah Suhairi dan Akim Ahmad.

Kesemua mereka merupakan antara penyanyi yang bertanding pada SFMM35 yang bermula Jumaat lalu.

Antara komen Alif meminta maaf kepada beberapa rakan artis yang membuat ujian calitan Covid-19 semalam.

“Zyn, aku minta maaf, baru saja kita jumpa. Aku doakan kau dijauhkan dari Covid-19. Semoga kekal selamat @zynakal,” komen Alif dalam entri yang dimuat naik penyanyi lagu Sakit itu.

“Semoga dipermudahkan Sherry, minta maaf kerana awak perlu melalui semua ini (ujian calitan) @sherryalhadad,” tulis Alif kepada pengacara SFMM35 itu.

Dalam pada itu, ruangan komen media sosial Alif dibanjiri dengan komen doa dan kata-kata semangat daripada rakan-rakan artis dan peminat.

Terdahulu, Alif disahkan positif Covid-19 selepas dipercayai pernah bertemu dengan individu yang telah dijangkiti virus tersebut.

Semalam, pihak TV3 turut mengumumkan episod terakhir SFMM35 yang sepatutnya berlangsung malam tadi terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Kerja-kerja sanitasi di lokasi program giat dilakukan dan kesemua petugas SFMM35 kini menjalani tempoh kuarantin di rumah masing-masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI