fbpx

Selamat berehat Oma, penguin tertua dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Oma semasa hidup dalam kurungan penguin di Zoo Wuppertal, Jerman. - Facebook/ Zoo Wuppertal

BERLIN – Burung penguin tertua dunia terpaksa dimatikan selepas ia menceriakan ramai pelawat di sebuah zoo di Jerman sejak 1975, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Zoo Wuppertal di Jerman mengumumkan penguin yang diberi nama Oma, berusia 46 tahun terpaksa ‘direhatkan’ pada 11 November lalu.

Oma dalam bahasa Inggeris bermaksud nenek dan burung itu adalah spesies penguin Raja.

Pengurusan zoo menyatakan Oma didapati jarang makan dan kehilangan berat badan secara mendadak sebelum ia terpaksa dimatikan.

Oma juga berdepan kesukaran bergerak dan tidak lagi berinteraksi dengan kawanan penguin lain di zoo.

Mereka juga berkata, keadaan Oma tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan walapun sudah diberi rawatan oleh pakar veterinar. Akhirnya, mereka dengan hati berat terpaksa ‘menidurkannya’.

Jurucakap zoo berkata, usia sebenar penguin itu tidak diketahui tetapi kajian yang dilakukan mengesahkan Omar ialah burung spesies penguin Raja tertua yang hidup di zoo di seluruh dunia.

Sepanjang hayatnya, Oma sentiasa aktif dan gemar bersosial dengan penguin lain walaupun ia ada kecacatan pada paruh, kabur semakin penglihatan dan sukar berjalan.

Oma juga menemui pasangan baharu yang dibawa ke zoo itu pada 2018.

Kini, burung penguin tertua dunia yang diiktiraf oleh Guiness Book of World Records ialah Olde di Zoo Odense, Denmark.

Olde ialah penguin betina daripada spesies gentoo dan berumur 41 tahun.

Pada 1975, Oma ialah salah satu daripada kawanan 12 burung penguin jenis Raja tiba ke Zoo Wuppertal. Pada ketika itu, Oma dianggarkan berumur satu tahun.

Oma dikutip dari kawasan Antartika dalam bentuk telur penguin dan menetas di Afrika Selatan.

Setahun kemudian, Oma tiba di Zoo Wuppertal. Burung itu juga berjaya menghasilkan kawanan pembiakan terbesar dan paling berjaya di Eropah.

Dalam habitat asal, burung penguin lazimnya mempunyai jangka hayat sehingga 20 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN