fbpx

Gelang ‘pink’ ditanggalkan di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelang merah jambu yang dibuang individu tidak bertanggungjawab di tepi jalan berhampiran sebuah kedai di Desaru Utama, Kota Tinggi semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang individu tidak bertanggungjawab bertindak kurang bijak apabila menanggalkan gelang merah jambu sebelum membuangnya di tepi jalan berhampiran sebuah kedai di Desaru Utama di sini.

Penemuan gelang warna merah jambu yang lengkap bernombor itu mula tular di media sosial sejak semalam.

Gelang warna merah jambu itu dipakai oleh individu yang menjalani kuarantin 14 hari bermula tarikh 19 November sehingga 2 Disember ini untuk menjalani ujian saringan Covid-19 dan sepanjang tempoh itu mereka tidak boleh keluar rumah sehingga tamat.

Gelang kuarantin itu hanya boleh dipotong oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang terlibat setelah tempoh kuarantin tamat.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan berkenaan kes itu semalam.

“Kita ada terima laporan semalam dan perkara ini telah dirujuk kepada pihak KKM Kota Tinggi untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Daerah Kota Tinggi masih diletakkan di bawah Perintah Pergerakan Kawalan Bersyarat (PKPB) kerana bilangan jangkitan Covid-19 telah mencatatkan jumlah sehingga 52 kes.

Selain daerah itu, Mersing juga masih berada di bawah PKPB.

Kerajaan memutuskan pelaksanaan PKPB di Johor, Melaka, Kedah dan Terengganu ditamatkan semalam lebih awal berbanding 6 Disember depan seperti diumumkan sebelum ini.

Bagaimanapun beberapa daerah seperti Kulim di Kedah, Kota Tinggi dan Mersing di Johor masih dikenakan PKPB. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI