fbpx

TUDM terbangkan 3 bayi alami masalah jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS perubatan dan anggota TUDM melakukan persiapan sebelum penerbangan ihsan membawa tiga bayi tersebut ke Pengkalan Udara Subang hari ini. FOTO IHSAN TUDM.

PETALING JAYA- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melaksanakan penerbangan ihsan membawa tiga bayi yang mengalami masalah jantung dari Kuching, Sarawak ke Pangkalan Udara Subang, dekat sini hari ini.

Bayi perempuan, Eliora Mia Nawan berusia 20 hari mengalami masalah jantung ‘ Transposition Of Great Arteries’ akan dirawat di Hospital Gleneagles, Ampang.

Dua bayi lagi, Marry Anne Methew Mavrick berusia 19 hari yang menghadapi masalah jantung ‘ Congenital Heart Block’ dan Abang Muhammad AlFatih Abang Mohammad berusia dua bulan yang menghadapi masalah ‘Congenital Heart Disease’ akan dirawat di Institut Jantung Negara.

Ketiga-tiga bayi berkenaan sebelum ini menerima rawatan daripada Hospital Umum Sarawak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan TUDM, penerbangan ihsan berkenaan menggunakan pesawat angkut A400M dari No. 22 Skuadron, Pangkalan Udara Subang.

“Penerbangan dilaksanakan TUDM ini bagi membolehkan pesakit mendapatkan rawatan dengan segera dan tertakluk kepada keadaan-keadaan tertentu terutama nasihat dari pegawai perubatan.

“Ini memperlihatkan keprihatinan dan komitmen TUDM dalam melunaskan tanggungjawab sosial, malahan turut membuktikan bahawa TUDM sentiasa siap siaga untuk mengoperasikan aset-asetnya pada masa yang diperlukan,” katanya.

Terdahulu, pesawat A400M turut terlibat dalam penerbangan yang membawa Tim Mobilisasi dan peralatan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan pertubuhan bukan kerajaan daripada Academy Medicine Of Malaysia dan Yayasan Amal Malaysia yang dihantar ke ke Tawau dan Kota Kinabalu, Sabah.

“Seluruh warga TUDM mendoakan supaya kesemua bayi berkenaan dapat menjalani rawatan dengan segera serta diberikan kesembuhan dan kembali sihat.

“Semoga usaha yang dilaksanakan oleh TUDM dengan kerjasama bersama pasukan perubatan melancarkan proses rawatan perubatan dan membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga bayi berkenaan,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI