fbpx

Trump dilihat sertai sidang kemuncak APEC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trump ketika mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak APEC secara maya sebentar tadi. - AFP

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilihat menyertai sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang diadakan secara maya sebentar tadi.

Penyertaan Trump itu berlaku sehari selepas Presiden China, Xi Jinping menggunakan forum berkenaan untuk mengumumkan pertumbuhan ekonomi negaranya.

Trump menyertai mesyuarat tersebut bersama pemimpin APEC lain melalui sidang video yang menyaksikan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku tuan rumah persidangan berkenaan menyampaikan ucapan pembukaan.

Sementara itu, kesemua pemimpin dunia kelihatan menggunakan latar belakang bangunan Perdana Putra, namun Trump hanya menggunakan latar belakang di pejabatnya.

Menurut sumber, Trump yang didakwa enggan menggunakan latar belakang rasmi tersebut dijadualkan menyampaikan ucapan intervensi kepada rakan pemimpin, namun ia tidak akan melibatkan media.

Persidangan kali ini merupakan penyertaan kali kedua Trump selepas beliau menyertainya sidang lalu pada tahun 2017.

Sidang kemuncak APEC tahun ini yang diadakan secara maya berikutan pandemik Covid-19 itu menghimpunkan sebanyak 21 negara di rantau Asia Pasifik yang menyumbang kepada kira-kira 60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI