fbpx

Ramai buat laporan palsu hilang kad pengenalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD YAZID

SHAH ALAM – Polis Selangor mengesan segelintir orang awam sanggup membuat laporan polis palsu kehilangan kad pengenalan bagi mengelakkan dikenakan denda.

Berdasarkan kadar bayaran denda ditetapkan Jabatan Pendaftaran Negara adalah  kehilangan kes kecuaian sendiri kali pertama adalah pada kadar RM100, kali kedua (RM300) dan ketiga serta seterusnya RM1,000.

Jurucakap Khas Op Covid-19 Polis Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, sebanyak 72 kes diterima setakat ini berbanding hanya 21 kes pada tahun lalu.

“Berdasarkan statistik sehingga semalam, 57 daripada laporan palsu itu dibuat kerana kes samun, kemalangan (10) , curi (3) dan masing-masing satu bagi culik dan tarik kenderaan.

“Jumlah itu termasuk lima kes terbaharu yang diterima pada minggu ini seterusnya menunjukkan peningkatan hampir tiga kali ganda berbanding tahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran tegas kepada semua pihak supaya tidak sesekali melakukan kesalahan berkenaan bagi mengelak dikenakan tindakan.

“Laporan palsu seumpama itu jelas mengganggu tugas  pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam penugasan Op Covid-19 ketika ini.

“Pesalah boleh disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan,” katanya.

Dalam pada itu, tambah Muhammad Yazid, polis menerima sebanyak 58 kes penipuan e-commerce termasuk dalam pembelian barangan elektronik secara talian dengan kerugian RM524,446 dalam tempoh sebulan bermula 14 Oktober lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI