fbpx

Jururawat rugi RM55,800 terjerat cinta Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Seorang jururawat rugi RM55, 800 selepas lelaki yang dikenalinya dilaman sosial Instagram sejak bulan lalu mendakwa menghantar hadiah termasuk anak patung beruang kepadanya.

Mangsa berusia 32 tahun yang merupakan seorang ibu tunggal mendakwa dia ditipu lelaki tersebut selepas menerima panggilan berbentuk ugutan daripada suspek yang turut menyamar sebagai ejen kurier.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, mangsa yang bekerja di sebuah klinik swasta di sini telah dihubungi oleh ejen kurier mengenai satu bungkusan hadiah mengandungi barang-barang berharga seperti jam tangan, telefon bimbit, anak patung beruang, barang kemas dan sejumlah wang tunai.

“Sebelum kejadian mangsa dihubungi individu yang menyamar sebagai ejen syarikat kurier dan mahu membuat penghantaran barang kepadanya daripada suspek.

“Ejen terbabit kemudian mendakwa mangsa akan ditangkap kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram kerana bungkusan kiriman itu turut mengandungi wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, disebabkan rasa takut mangsa kemudian telah mengikut arahan suspek dan membuat transaksi wang ke dalam empat akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan RM55,800.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila suspek masih lagi meminta wang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI