fbpx

Jenayah seksual punca Instagram Joon-young lenyap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNG JOON-HYUNG

AKIBAT terlibat dalam kontroversi kes seksual, akaun Instagram penyanyi dan pelakon popular Jung Joon-young didapati sudah dipadam daripada platform itu.

Peminat yang cuba mengakses Instagramnya mendapati laman akaun pelakon berkenaan @sun4finger tertera perkataan; “Sorry. The page cannot be used”.

Selain Joon-young, dua lagi selebriti yang berdepan nasib sama ialah penyanyi Ko Young-wook dan Choi Jong-hoon yang menggunakan nama @ftgtjhc.

Instagram mempunyai peraturan ketat yang tidak membenarkan pesalah seksual memiliki akaun dalam media sosial berkenaan. Perkara tersebut sekali gus mengaitkan ‘kehilangan’ akaun kesemua selebriti itu berkait dengan kes seksual yang dihadapi mereka.

Terdahulu, Joon-young dan Jong-hoon dituduh terlibat dalam kes serangan seksual terhadap beberapa wanita di sebuah lokasi di Daegu dan Gangwon-do pada Januari 2016.

Mei lalu, mereka telah dijatuhkan hukuman penjara setimpal dengan segala tindakan salah yang dilakukan seperti memetik laporan Korea Daily.

Joon-young dihukum penjara lima tahun, sementara Jong-hoon pula berdepan hukuman selama dua tahun setengah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI