fbpx

‘Bidadari’ Angah lahirkan anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOTO yang dimuat naik Angah dalam Instagramnya hari ini.

PETALING JAYA – Penyampai radio Sinar, Angah Raja Lawak menyambut kelahiran cahaya mata perempuan keduanya bersama isterinya, Amira Asyura Abd Razak.

Bekas peserta Raja Lawak itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu hantaran dalam akaun Instagramnya hari ini.

Menerusi hantaran tersebut, Angah muat naik sekeping foto memaparkan dia sedang mendukung bayi perempuannya.

Pemilik nama penuh Iskandar Shah Hashim itu meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memberi ucapan dan mendoakan urusan kelahiran bayinya.

“Alhamdulillah, syukur bidadari saya (isteri) selamat melahirkan puteri kami yang sangat comel macam bapanya.

“Terima kasih semua atas doa dan ucapan kalian ya,” tulisnya dalam entri tersebut.

Terdahulu, Angah dan Amira selamat bergelar suami isteri pada 19 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisyah yang kini berusia dua tahun.

Selain itu, Angah juga memiliki seorang cahaya mata perempuan hasil daripada perkahwinan terdahulu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI