fbpx

Skuad Penyu akan kekalkan khidmat jurulatih Nafuzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NAFUZI (kiri) akan dikekalkan untuk memastikan hala tuju skuad TFC pada musim depan berada di haluan tepat.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

KEDUDUKAN Mohd. Nafuzi Zain sebagai Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC) pada musim depan terjamin.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim mengesahkan khidmat Mohd. Nafuzi masih ditagih untuk terus memacu kecemerla­ngan skuad Penyu.

“Kita mahu mengekalkan DNA bola sepak TFC yang telah dibentuk sejak beberapa tahun ini.

“Prestasi pasukan di bawah kendalian Mohd. Nafuzi pada tahun ini di tangga ketiga Liga Super dan layak ke Piala AFC juga amat membanggakan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Hishamuddin berkata, kemajuan yang ditunjukkan TFC setakat ini juga mencapai sasaran ditetapkan dalam pelan strategik jangka panjang pembangunan bola sepak Terengganu.

Sehubungan itu, Nafuzi perlu dikekalkan untuk memastikan hala tuju pasukan berada di haluan yang tepat.

Beliau tidak menolak kemungkinan TFC akan dibarisi pemain import baharu musim depan.

“Saya sahkan Faris Ramli dan Dominique Da Sylva telah digugurkan manakala tiga lagi pemain import, Lee Tuck, Sanjar Shaakhmedov dan Babacar ­Diallo mungkin akan menyusuli.

“Kita terpaksa lepaskan pemain atas faktor kewangan dan kesesuaian corak permainan.

“Apa pun, rombakan pemain tersebut tidak akan menganggu fokus TFC untuk memberi sai­ngan terutama berdepan kelab-kelab Asia di pentas Piala AFC,” katanya.

Hishamuddin juga membayangkan sebahagian pemain import baharu yang akan dibawa masuk pernah beraksi dengan skuad lain pada saingan Piala Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI