fbpx

Machang catat 11 kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Sebanyak 17 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan di Kelantan hari ini dengan Machang mencatatkan sebagai daerah tertinggi iaitu 11 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr. Izani Husin berkata, daripada semua kes di daerah itu , sembilan kes di laporkan di Mukim Pangkal Meleret.

Katanya, sembilan kes itu merupakan kontak rapat Kluster Mengketil.

“Dua lagi kes di daerah itu dilaporkan di Mukim Ulu Sat dan mereka juga merupakan kontak rapat Kluster Mengketil.

“Selain itu, enam lagi kes baharu dilaporkan iaitu masing-masing satu kes di Pasir Mas, Tanah Merah, Kota Bharu, Kuala Krai dan dua kes di Tumpat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Izani, selain itu, sembilan kes sembuh dan discaj dari hospital dilaporkan hari ini dengan jumlah kes dalam rawatan seramai 60 orang.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI