fbpx

Empat peniaga dikompuan KPDNHEP KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai penguatkuasa KPDNHEP KL sedang melakukan pemeriksaan di salah sebuah pasar raya di sekitar ibu kota baru-baru ini.

PETALING JAYA – Empat peniaga dikompaun sepanjang tempoh seminggu pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2020 bermula 9 November sehingga 17 November lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya melakukan pemeriksaan di 980 premis.

Menurutnya, pemeriksaan itu merangkumi pasar basah, pasar raya, pasar raya besar dan kedai-kedai runcit di sekitar di Kuala Lumpur.

“Tindakan kompaun itu dikenakan di bawah Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 kerana gagal mempamerkan tanda harga semasa menjalankan perniagaan.

“Selain itu, seorang peniaga telah diberikan amaran kerana gagal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu (pink plate),” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata, secara keseluruhan rata-rata peniaga didapati menjual barangan terkawal pada harga maksimum yang telah ditetapkan serta mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Katanya, barang-barang kawalan juga didapati mudah diperoleh dan tidak mengalami sebarang gangguan bekalan sepanjang pelaksanaan skim ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI