fbpx

Bunuh bapa sebab telefon, suspek direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu kes bunuh bapanya di Rumah Rakyat Simpang Pertang.

JELEBU – Seorang penganggur  ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu kes bunuh bapanya di Rumah Rakyat Simpang Pertang, dekat sini pagi semalam.

Perintah reman sehingga 25 November itu dikeluarkan oleh Majistret Rahimah Rahim di Mahkamah Majistret Jelebu pagi ini selepas polis membuat permohonan reman.

Akhbar semalam melaporkan gara-gara ditegur leka bermain telefon bimbit oleh bapa, seorang anak sanggup membunuh bapanya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Rumah Rakyat Simpang Pertang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Tan Yin Fah, 59, maut di tempat kejadian selepas ditikam suspek berusia 35 tahun pada bahagian depan dan belakang badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, bedah siasat dijangka dijalankan pagi ini di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban.

Menurutnya, punca kematian dan jumlah tikaman hanya akan diketahui selepas bedah siasat dijalankan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI