fbpx

Salah guna subsidi upah, 388 aduan diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Sebanyak 388 aduan diterima Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengenai penyalahgunaan program subsidi upah (PSU) oleh majikan melibatkan dana RM20 juta.

Menteri Sumber Manusia, Datuk M. Saravanan berkata, sehubungan itu, pihak Perkeso akan menggantung bayaran kepada majikan-majikan yang disyaki membuat tuntutan palsu sehingga siasatan ke atas aduan-aduan tersebut selesai.

“Daripada jumlah aduan, 156 kes telah dikenalpasti dan kerajaan dalam proses menuntut kembali bayaran tersebut.

“232 kes lagi masih di dalam proses inkuiri bagi melengkapkan maklumat aduan,” katanya pada sesi Dewan Rakyat pagi tadi di Bangunan Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Charles Santiago (PH-Klang) yang ingin tahu mengenai bilangan syarikat yang menerima bantuan subsidi upah dan terpaksa gulung tikar, serta bilangan majikan yang menerima subsidi upah tetapi tidak menyalurkan wang tersebut kepada pekerja dan hukuman terhadap mereka.

Ujar Saravanan, Perkeso turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan lima kes sedang disiasat SPRM dan satu kes tangkapan diaaut di Kedah pada 6 Oktober lalu.

“Perkeso turut mengenalpasti dan menyenaraihitam 5,537 majikan yang telah melanggar syarat dan terma PSU.

“Antara kesalahan yang pemberhentian pekerja dan tidak membayar caruman kepada Perkeso,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI