fbpx

Polis buru pesakit Covid-19 lari dari HQE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Habibi

KOTA KINABALU – Polis memburu seorang lelaki yang juga pesakit Covid-19 berikutan menghilangkan diri ketika ditahan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Isnin lalu.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang itu, lelaki berusia 45 tahun itu diambil di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 Intan Sabah untuk ditempatkan di hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, lelaki terbabit yang dibawa bersama lima pesakit lain bertindak melarikan diri sebaik dibawa masuk ke dalam hospital.

“Siasatan awal mendapati suspek yang dibawa naik ke tingkat lima di wad Covid-19 diarahkan menunggu di ruangan lif ekoran seorang lagi pesakit dihantar ke wad berhampiran.

“Bagaimanapun, pengiring kumpulan mendapati suspek sudah menghilangkan diri dan hanya tinggal empat pesakit lain sebaik kembali ruangan lif berkenaan,” katanya di sini tadi.

Katanya, pengiring kemudiannya bertanya kepada anggota Rela yang menjaga di tingkat berkenaan namun diberitahu suspek telah mengekori pengiring sebelum menghilangkan diri.

“Usaha mengesan lelaki terbabit terus dilakukan di sekitar hospital tetapi gagal menemui suspek. Siasatan lanjut mendapati suspek dimasukkan ke pusat kuarantin pada 13 November lalu selepas disahkan positif Covid-19,” katanya.

Menurut beliau, setakat ini suspek masih gagal dikesan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI