Kebanyakan mangsa memilih untuk menggantung diri berbanding kaedah lain. – GAMBAR HIASAN

266 bunuh diri ketika PKP dilaksana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bebanan hutang yang tinggi selepas hilang pekerjaan dan masalah keluarga menjadi punca utama seseorang nekad meragut nyawanya sendiri ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 266 kes bunuh diri dilapor­kan sejak 18 Mac hingga 30 Oktober lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid-19.

Ia sekali gus menunjukkan secara purata lebih 30 orang bunuh diri sebulan atau seorang setiap hari dalam tempoh berkenaan.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, sebanyak 25 peratus daripada 266 kes bunuh diri berpunca daripada bebanan hutang yang tinggi, diikuti masalah keluarga (24 peratus) dan kes rumah tangga (23 peratus).

Menurutnya, selain tiga motif itu, bunuh diri atas faktor cinta turut mencatatkan 15 peratus dalam tempoh sama.

“Punca bunuh diri yang lain termasuk bebanan kerja, halusinasi, mental, media massa serta dadah pula direkodkan sebanyak 13 peratus,” katanya kepada Kos­mo! baru-baru ini.

Gambar fail menunjukkan anggota bomba cuba menarik seorang lelaki yang cuba terjun dari sebuah bangunan di Kota Kinabalu, Sabah pada 22 Februari 2018.

Ramli memberitahu, berdasarkan pecahan negeri, daripada jumlah keseluruhan 266 kes itu, Johor merekodkan kes ter­tinggi sebanyak 47 kes dan diikuti Selangor (39) serta Kuala Lumpur (28) dan bakinya di negeri lain.

Katanya, lelaki paling ramai dicatatkan dalam tingkah laku bunuh diri sebanyak 78 peratus, manakala wanita pula 22 peratus.

“Mengikut statistik, polis mendapati mereka yang berusia lingkungan 19 hingga 40 tahun paling ramai bertindak bunuh diri iaitu sebanyak 53 peratus daripada 266 kes yang dilaporkan.

“Bagi mereka berusia 41 tahun ke atas pula sebanyak 24 peratus, manakala golongan bawah umur berusia 15 hingga 18 tahun turut mencatatkan kes bunuh diri sebanyak 23 peratus,” ujarnya.

Mengulas mengenai kaedah mangsa membunuh diri, Ramli berkata, kebanyakan mangsa memilih untuk menggantung diri berbanding kaedah lain.

Sebanyak 189 kes dilaporkan mati dalam keadaan sedemikian dalam tempoh tersebut.

“Sebanyak 37 kes bunuh diri pula dilaporkan dengan cara terjun bangunan dan diikuti minum racun (14), mencederakan diri (13) dan 13 kes pula makan pil tidur, hidu asap arang serta ekzos kereta,” ujarnya.

Menurutnya, PDRM sentiasa memainkan peranan dalam mencegah daripada berlakunya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN