fbpx

PBB beri amaran krisis kemanusiaan di Etiopia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelarian Etiopia yang melarikan diri dari wilayah bergolak Tigray, Etiopia berehat di sebuah khemah sementara di kem pelarian Um Rakuba, Sudan semalam. - AFP

ADDIS ABABA, ETIOPIA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang meruncing akan berlaku di Utara Etiopia selepas ribuan penduduk melarikan diri dari kawasan konflik di wilayah Tigray.

Jurucakap agensi pelarian PBB, Babar Baloch berkata, sekitar 27,000 penduduk Etiopia telah meninggalkan kediaman masing-masing untuk merentasi sempadan Sudan dan jumlah itu kian bertambah sehingga 4,000 orang setiap hari.

“Krisis kemanusiaan secara besar-besaran dijangka berlaku.

“Penduduk terus melarikan diri dari kawasan konflik dalam keadaan keletihan selepas perjalanan jauh dengan membawa sedikit bekalan,” katanya.

Baloch berkata, pelarian yang tiba di Sudan dikatakan mengalami trauma selepas melihat banyak mayat bergelimpangan di samping serangan yang tidak henti.

Seorang pelarian, Ganet Gazerdier berkata, kediamannya yang terletak di bandar Humera musnah akibat dibedil bom.

“Saya lihat mayat hancur akibat terkena bedilan bom.

“Banyak mayat yang membusuk bergelimpangan di jalan raya akibat dibunuh dengan senjata pisau,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Etiopia, Abiy Ahmed berkata, kempen menawan kembali wilayah bergolak itu sedang memasuki fasa akhir dan merancang untuk melancarkan serangan udara di daerah berhampiran ibu kota Tigray, Mekele.

Terdahulu, Abiy pada 4 November lalu mengumumkan akan melancarkan kempen ketenteraan selepas parti pemerintah tempatan, Barisan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF) melakukan serangan di kem tentera persekutuan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI