fbpx

Dana Zoo Negara hanya bertahan lima bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew melihat seekor harimau yang ditempatkan di Zoo Negara, Hulu Kelang kelmarin.

PETALING JAYA – Dana peng­ope­rasian Zoo Negara hanya mampu bertahan selama lima bulan lagi iaitu sehingga April 2021 sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kekal dilaksanakan bagi mencegah Covid-19.

Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly Ahmat Lana berkata, dana itu digunakan secara bulanan bagi pembelian makanan dan ubat-ubatan haiwan selain penyelenggaraan bangunan.

“Secara kebiasaannya, kos operasi bulanan Zoo Negara dianggarkan bernilai sebanyak RM1.3 juta, namun disebabkan PKPB dan tidak dibenarkan beroperasi, kami perlu berjimat dengan kos berjumlah RM1 juta sebulan.

“Penjimatan itu melibatkan catuan perbelanjaan seperti hanya menyelenggara binaan atau kandang haiwan yang rosak teruk sahaja dan perkara yang perlu diberi keutamaan terde­sak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Artikel berkaitan: https://www.kosmo.com.my/2020/11/15/ebit-lew-bela-nasib-penghuni-zoo-negara/

Jelasnya, meskipun berjimat dalam perbelanjaan tetapi kebajikan dan keperluan harian haiwan tetap diutamakan dan mereka menerima makanan mencukupi setiap hari.

“Kami memang mengalu-alukan sumbangan orang ramai kerana Zoo Negara tidak mampu menjana pendapatan susulan PKPB. Andai ia diteruskan, dana terkumpul hanya mampu
bertahan hingga April tahun depan sahaja,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Rosly turut merakam ucapan terima kasih kepada pihak yang memberi sumbangan kepada Zoo Negara seperti penceramah ter­kenal, Ebit Lew.

“Kami juga menghargai sumbangan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan

Malaysia yang memberi ayam dan daging selain Institut Penyelidikan Perubatan atas sumba­ngan tikus-tikus,” jelasnya.

Kosmo! semalam melaporkan Ebit Lew menyumbangkan sebanyak 200 kilogram (kg) daging dan 500kg buah-buahan sebagai bekalan makanan kepada haiwan di Zoo Negara.

Selepas tular sumbangan itu, pelbagai pihak menyatakan tidak puas hati mengenai ke mana dana pelbagai pihak kepada Zoo Negara selama ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI