fbpx
PENDUDUK menaiki sebuah forklift mengharungi air banjir di wilayah Thua Thien Hue, Vietnam hari ini. - AFP

Vamco badai Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI, Vietnam – Ribut Vamco membadai Vietnam hari ini dengan merosakkan bangunan-bangunan dan mencederakan sekurang-kurangnya lima orang, ketika korban bencana itu di Filipina meningkat kepada 67 orang.

Ribut itu tiba di daratan pagi tadi dan membawa angin selaju 90 kilometer sejam yang mengakibatkan pokok tumbang serta  bumbung kediaman tercabut.

Vamco adalah ribut terbaru melanda Vietnam sejak enam minggu lalu. Bencana alam itu  menyebabkan banjir dan tanah runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 159 penduduk  dan 70 lagi hilang.

Laporan awal  Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Vietnam hari ini menyatakan bahawa lima orang cedera ketika berusaha melindungi kediaman mereka.

Vamco semakin lemah selepas membadai  Filipina sebagai taufan dengan angin selaju 155 kilometer sejam  tetapi menurut media Vietnam, ribut itu masih menyebabkan kerosakan besar.

Pihak berkuasa Vietnam telah memindahkan hampir 650,000 orang dari tujuh wilayah pesisir pantai ke kawasan lebih tinggi dan lebih selamat sebelum ribut itu melanda.

Vamco adalah ribut paling berbahaya melanda Filipina tahun ini. Ribut itu membunuh sekurang-kurangnya 67 orang di pulau utama, Luzon sejak beberapa hari lalu dan menjejaskan kira-kira  1.7 juta penduduk di seluruh negara itu. – AFP 

 

POPULAR