fbpx

Paderi dituduh curi zakar dibelasah sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETA negeri Benue di Nigeria. - WIKIPEDIA

ABUJA, Nigeria – Perintah berkurung dikuat kuasa di tengah negeri Benue, utara Nigeria selepas seorang paderi  dibunuh orang awam kerana dituduh mencuri alat kelamin lelaki, kata beberapa pegawai semalam.

Khabar angin mengenai kecurian zakar  di mana mangsa percaya alat kelamin mereka mengecil  atau menguncup ke dalam badan bukan sesuatu yang luar biasa di Nigeria dan kawasan lain di Afrika Barat.

Kejadian terbaru berlaku di Daudu iaitu sebuah bandar terletak sekitar 250 kilometer dari ibu kota Nigeria, Abuja.

Pihak berkuasa tempatan berkata, sekumpulan pemuda menuduh paderi itu dan seorang rakannya bertanggungjawab melakukan perkara tersebut

Ketua pentadbiran tempatan, Caleb Aba  menolak tuduhan liar tersebut.

“Perkara tersebut (zakar hilang)  tidak benar kerana ujian saintifik telah dilakukan,” katanya kepada agensi berita AFP

Rakan paderi itu ditahan untuk melindunginya  setelah media tempatan melaporkan bahawa dia dan paderi berkenaan mengutip wang daripada  penduduk  sebagai bayaran untuk menyembuhkan mereka.

Paderi itu kemudian melarikan diri dari Daudu kerana takut nyawanya terancam, kata jurucakap polis, Catherine Anene sambil menambah, gerejanya pula dibakar perusuh.

“Kumpulan belia yang marah dapat mengejar dan membunuh paderi itu. Kami juga telah menemui mayatnya,” kata Anene kepada AFP.

Aba  pula berkata, dua hari kemudian, kumpulan belia sekali lagi menuduh individu lain telah mencuri kemaluan seorang pemuda. 

“Mangsa dipukul hingga koma sehingga polis campur tangan,” jelas Aba tentang mengapa  perintah berkurung terpaksa dilaksanakan.

Pasukan tentera dan polis dikerah ke daerah itu selepas media tempatan melaporkan bahawa sekumpulan lelaki menyerang pasar minggu dan  melaungkan slogan ‘tanpa zakar, tidak ada pasar’, menyebabkan perniagaan terhenti.

Lapan orang ditangkap kerana mengganggu  orang ramai dan menghasut keganasan, kata polis.

Pihak berkuasa tempatan berkata, perintah berkurung yang dilaksana pada Isnin lalu  akan berlanjutan sehingga keadaan kembali tenteram.

Ahli-ahli psikologi menggelar kepercayaan kecurian kejantanan itu sebagai koro.

Ketakutan orang ramai  berkaitan kepercayaan tidak masuk akal tersebut boleh ditemui dalam catatan perubatan kuno Cina  berusia lebih  2,000 tahun, demikian menurut buku panduan mengenai gangguan psikologi luar biasa yang diterbitkan Oxford University Press. – AFP 

 

                

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN