fbpx

381 penduduk di Larut, Matang dan Selama dipindahkan akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang penduduk di kawasan terjejas meredah banjir.

LARUT – Seramai 381 orang daripada 98 keluarga di daerah Larut, Matang dan Selama terpaksa dipindahkan berikutan penempatan mereka dinaiki air akibat hujan lebat, setakat pukul 7 pagi ini.

Ia menunjukkan peningkatan seramai 295 orang berbanding 86 orang yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan masing-masing malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, semua mangsa terdiri daripada 187 lelaki dan 194 perempuan kini ditempatkan di lima PPS yang disediakan.

“Daripada jumlah itu, seramai 215 penduduk dari Kampung Pantai Besar dan Kampung Jemerang Star dipindahkan ke dua PPS iaitu Dewan Orang Ramai Pantai Besar serta Sekolah Kebangsaan Pantai Besar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, seramai 90 penduduk dari Kampung Sungai Ara di Batu Kurau pula dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai Sungai Ara.

Katanya, seramai 44 penduduk Kampung Changkat Baru, Matang, ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim Al Barakah sementara 32 penduduk Kampung Air Kuning, Taiping dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Air Kuning.

“Ada kawasan penempatan yang ditenggelami sehingga paras dada orang dewasa yang membahayakan penduduk untuk terus berada di kampung mereka.

“Setakat pagi ini, hujan sudah mulai berhenti dan banjir beransur surut, tetapi mangsa masih ditempatkan di PPS sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Menurut beliau, pasukan itu masih melakukan pemantauan di semua lokasi yang terlibat termasuk memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI