fbpx
Gambar bangunan konsulat Perancis di Jeddah. - AFP

Serangan bom di Jeddah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEDDAH – Satu serangan bom dilaporkan berlaku semasa satu majlis memperingati Perang Dunia Pertama yang dihadiri beberapa diplomat Eropah di bandar Jeddah di Arab Saudi, kata Perancis hari ini. Beberapa individu dilaporkan cedera.

Serangan ke atas tanah perkuburan bukan Islam itu adalah serangan kedua di Arab Saudi dalam tempoh kurang satu bulan.

“Acara tahunan majlis memperingati tamatnya Perang Dunia Pertama di sebuah tanah kubur bukan Islam di Jeddah, dihadiri beberapa konsulat termasuk Perancis, menjadi sasaran bahan letupan sendiri (IED) pagi tadi menyebabkan beberapa orang cedera,” menurut Kementerian Luar Perancis.

Hari Peringatan disambut bagi memperingati anggota pasukan keselamatan yang terbunuh semasa Perang Dunia Pertama.

“Perancis mengutuk sekeras-kerasnya serangan ini.”

Setakat ini, kerajaan Arab Saudi belum mengeluarkan kenyataan.

Laluan jalan raya ke tapak perkuburan di tengah Jeddah disekat anggota polis trafik Arab Saudi, menurut jurugambar AFP di lokasi kejadian.

Bulan lalu, seorang rakyat Arab Saudi bersenjata sebilah pisau mencederakan pengawal di Konsulat Perancis di Jeddah. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN