fbpx

Fasha Sandha minta tips didik anak fokus kelas online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FASHA kini mencari tutor peribadi untuk mengajar anaknya.

PETALING JAYA – Pelakon terkenal Fasha Sandha memohon pengikutnya berkongsi kaedah mendidik kanak-kanak untuk fokus ketika mengikuti sesi pembelajaran secara atas talian.

Permintaan tersebut diluahkan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, dalam satu hantaran Instagram yang memaparkan video anak keduanya, Putri Raysha Jemyma, 6, sedang mengikuti kelas online.

Pelakon itu turut berkongsi video memaparkan gelagat Putri Raysha ketika mengikuti kelas online.

“Kepada semua pengikut kesayangan, tolong! Mohon kongsi tips dengan saya bagaimana untuk suruh seorang budak berusia enam tahun untuk fokus pada kelas online.

“Saya perlu temankan dia sepanjang masa tau. Kita ada banyak juga kerja lain hendak dilakukan,” luahnya dalam hantaran tersebut.

Tambah pelakon drama Dua Takdir Cinta itu, dia juga turut terhibur dengan gelagat anak perempuannya itu sepanjang kelas tersebut berlangsung.

“Kadang-kadang menyirap dan tergelak dengan keletah dia.

“Jika ada tips tolong kongsi dengan saya dan kalau ada mana-mana tutopr peribadi sila mesej saya. Minta tolong, terima kasih,” katanya lagi.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan mengumumkan sesi persekolahan pada tahun ini ditutup bermula 9 November sehingga akhir tahun ini.

Bagaimanapun, sepanjang tempoh penutupan berkenaan, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI