fbpx

Bapa durjana didakwa lagi 9 pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh yang berusia 42 tahun sekali lagi didakwa ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan.

AMPANG – Seorang bapa yang didakwa semalam atas 41 pertuduhan, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan lagi pertuduhan melakukan seks di luar tabii dan amang seksual terhadap anak perempuannya berumur 15 tahun sejak September tahun lalu hingga Oktober 2020.

Bagaimanapun tertuduh yang berusia 42 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norhazani Hamzah.

Dalam prosiding itu, tertuduh didakwa enam pertuduhan melakukan seks luar tabii, terhadap mangsa yang juga anak tunggal daripada pekahwinan pertamanya di bilik sebuah rumah di Bukit Antarabangsa di sini antara pukul 8 pagi hingga 3 petang, antara 19 hingga 29 Oktober lalu.

Bagi enam kesalahan itu, pendakwaan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara bagi tiga lagi pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama pada hujung September 2019 hingga awal Mac tahun ini antara pukul 3 pagi hingga 8.30 pagi, di lokasi yang sama.

Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama, yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dengan kesemua sembilan pertuduhan itu, menjadikan tertuduh mempunyai 50 pertuduhan merogol, melakukan seks di luar tabii dan amang seksual yang mana 41 pertuduhan telah dituduh semalam di mahkamah sama. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI